Monday, July 29, 2024
Kempen Keselamatan di Taman Yarl
Pada hari Ahad 28hb Julai 2024, YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh, telah sudi menghadiri acara taklimat dan perbincangan mengenai keselamatan kejiranan penduduk di kawasan Taman Yarl (yang merangkumi lebih 700 ekar) di bawah Parlimen Seputeh. Taklimat tersebut telah di beri oleh Inspektor Hafiz Jamil, OCS Balai Polis Petaling.
Rukun Tetangga dan MPPWP SZ6 SEPUTEH, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Seputeh dan pihak PDRM, khususnya Balai Polis Petaling yang telah meluangkan masa pada hari minggu untuk menjayakan Program Keselamatan Masyarakat ini.
Hampir seramai 50 penduduk telah mengadiri dan mengambil bahagian di dalam acara ini. Program dialog dua hala ini telah membawa beberapa perkara yang berkaitan dan relevan bagi penduduk taman tersebut. Syabas juga diucapkan kepada pihak PDRM keatas ketulusan dan keikhlasan mereka menjawab dan menjelas soalan-soalan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Komuniti Taman Yarl.
Pencegahan jenayah dan keselamatan masyarakat adalah tanggungjawab bersama, iaitu, pihak berkuasa PDRM dan penduduk awam yang menjadi mata dan telinga pihak Polis seperti tertera dalam moto mereka iaitu "Polis dan Rakyat Berpisah Tiada"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Community Crime Prevention Dialog Session
A truly deep, thorough, minutely detailed and most importantly reassuring excellent crime prevention dialogue session initiated by YB Tere...




No comments:
New comments are not allowed.